Thursday, November 12, 2009

apa itu pokok sagu@ rumbia?

Sagu ialah satu makanan rutin kepada mayarakat di sekitar Asia Tenggara, terutamanya di Kepulauan Borneo, Maluku, Sulawesi, dan Papua New Guniea.Di sana, kegiatan penebangan dan pemprosesan sagu giat dijalankan untuk menampung permintaan penduduk untuk makanan ini. Di semenanjung Malaysia, terutamanya di Terengganu dan Kelantan, sagu diguna sebagai salah satu ramuan penting dalam pembuatan keropok lekor. Sagu dapat dimakan dengan pelbagai cara. Ada yang memakannya dengan menggaulkan air panas serta sagu bersama di dalam mangkuk sehingga menjadi liat. Di Sabah(khususnya etnik Bisaya) mereka memangilnya sebagai ambuyat, dan bagi masyarakat Brunei samada di Sabah mahupun di Negara Brunei, ia dipanggil ambulung. Sejenis peralatan seakan-akan chopstick dipanggil `sipit`digunakan sebagai `sudu` untuk mengambil keluar ambuyat tadi dari mangkuk lalu dimakan.Sebagai penambah perisa, kepulan ambuyat yang terkumpul di sipit akan dicelup ke dalam kuah-kuah (sambal,budu,kuah ikan,etc pun boleh) lalu ditelan.Rasanya amat menyedapkan. Jika rasa sukar, gunakan sahaja sudu besi biasa itu.Tradisi memakan ambuyat sekarang masih dijalankan, cuma ramai anak-anak muda etnik Bisaya dan Brunei yang merupakan pengguna kuat makanan ini kurang gemar memakannya lagi. Jika dulu ia dianggap makanan rutin (sama taraf seperti nasi), namun sekarang perlahan-lahan ia bertukar menjadi makanan eksotik. Namun tidak dinafikan ramai juga yang masih meminati makanan ini kerana keunikan dan kelazatannya.Jika dilihat, sagu bukan sahaja digunakan untuk ambuyat atau ambulung sahaja, sebenarnya ia lebih dari itu. Keropok lekor biasanya memerlukan tepung sagu sebagai ramuan penting pembuatannya.Tanpa tepung sagu, keropok tidak sedap dan kurang bermutu. Bukan itu sahaja, kebanyakan kuih-muih tradisional di negara kita menggunakan tepung sagu sebagai tepung utamanya kerana ia dikatakan membuatkan kualiti dan ketahanan kuih bertambah baik serta membantu menambahkan perasa tersendiri ke atas kuih tersebut. Namun apa yang berlaku di Sabah kini, ramai pengusaha keropok dan kuih muih terpaksa menggunakan tepung gandum/kanji kerana harganya yang lebih murah berbanding tepung sagu. Harga sekilo tepung sagu di Sabah melebihi Rm2 lebih sedangkan tepung kanji jauh lebih murah. Diakui ramai pengusaha-pengusaha ini gemar menggunakan tepung sagu namun terbantut akibat kosnya yang semakin tinggi.Berbalik kepada soalan asas kita,bagaimana sagu ini diperoleh?Anda kenal pokok rumbia? Pokok inilah membekalkan sagu kepada pihak kami. Pokok ini hidup subur di sepanjang kawasan paya berbakau dan berair, tepi-tepi sungai, sawah dan tebing tasik. Ia senang didapati di Beufort, Kuala Penyu, dan Menumbok kerana kawasan di sana amat sesuai dari segi tanah,geografi, serta iklimnya yang sentiasa lembab. Pokok in ditebang,ditarik keluar dari hutan, lalu dihantar ke bengkel tempat pemprosesan kami di Kg. Padas Damit, Beufort. Proses kerjanya akan saya terangkan dalam post yang akan datang.Terima Kasih kerana sudi membaca artikel yang panjang lebar ini.
AMBUYAT MAKANAN POPULAR MASYARAKAT SABAH: Di sabah ambUyat tidak asing bagi masyarakatnya ... ambuyat sejenis makanan tridisional pelbagai kaum biasaya , kadayan , berunai , kadazan dan alain lain ... masing masing- masing mempunyai resepi sendiri untuk dijadikan juadah harian .. Ambuyat berasal dari pokok rumbia yang telah diproses menjadi sagu.... ( Kanji ) Cerita lanjut datanglah ke beaufort untuk menikmatinya.........ataupun datang lah ke kampung kuala balik, padas damit berjumpa dengan haji matrih pemilik kilang sagu...boleh menghubungi beliau di talian 0138731600...untuk menikmati dan melihat sendiri cara memproses sagu.



ni la ambuyat,makanan tradisi masyarakat bisaya sabah.sedap tau makan dengan kuah ikan sembilang masak lemak di campur dengan jeruk buah bambangan.
ambuyat ni dari pokok rumbia yang sudah di proses.
ni sempena majlis persatuan janang gayuh iaitu Datuk Seri Panglima Lajim Ukin. Hadir sama ADUN Lumadan, Datuk Surinam Sadikun dan Pegawai Daerah Beaufort, Sidik Abdul Jubar.

acara perkahwinan bisaya masa kini

Hari Khamis atau Jumaat:Acara mengelupis. Acara bergotong-royong sesama sedara mara dengan jiran tetangga untuk membuat kuih kelupis atau lampan (kuih tradisional orang Bisaya).Lamban-daun kelapa dilipat macam sampan selepas itu dibubuh beras pulut separuh masak, lalu dilipat tutup dan akhirnya direbus. Kelupis pun sama cuma beza pada bungkusan kerana ia menggunakan daun juga. Cara hendak makannya: Boleh dicicah bersama kari daging.Petang Jumaat:Majlis akad nikah (cuma saudara-mara terdekat sahaja dijemput). Hidangan minum petang disediakan.
Malam Sabtu:Majlis berinai sama ada buat berasingan (rumah pengantin masing-masing) tetapi jika berkahwin dengan orang jauh, ia dibuat sekali untuk memudahkan. Sebelum majlis berinai mula, solat Jemaah Maghrib dan Isyak biasanya dahulu barulah berzanji.Kadang-kadang ada juga orang yang membuat majlis cukur jambul sekali ketika ini.Kira-kira jam 10 malam baru majlis berinai bermula. Ketka inilah acara seperti menepung tawar dibuat. Jamuan makan kenduri sudahpun bermula sekitar jam 8. Jam 10 malam akan ada hidangan kuih muih tradisional macam kuih sapit, jala, baulu, kuih cha-cha (kuih ros kalau di Semenanjung).
Ahad:Tetamu mulai datang sekitar 8.30 pagi bermula dengan sarapan pagi dengan kuih-muih dulu.Jam 10 pagi barulah hidangn tengahari disediakan. KJam 12 atau 1 atau paling lewat jam 2 acara menaikan pengantin bermula. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dan disandingkan. Biasanya majlis bersanding ini dibuat awal sekitar jam 12.30 atau 1 tengahari bagi mengelakkan tetamu pulang. tanpa sempat melihat pengantin. Inilah kemuncak majlis perkahwinan ini.
Malam Ahad:Biasanya ada acara potong kek tapi untuk keluarga terdekat saja.Info tambahan: Biasanya sepanjang majlis perkahwinan itu ada kumpulan pemuzik Kulintangan (macam gamelan) akan mainkan muzik tradisional + moden. Antara lagu yang wajib dilagukan adalah lagu Cindai. Tanpa pemuzik ini, majlis majlis perkahwinan akan jadi sunyi sepi.