Thursday, November 12, 2009

acara perkahwinan bisaya masa kini

Hari Khamis atau Jumaat:Acara mengelupis. Acara bergotong-royong sesama sedara mara dengan jiran tetangga untuk membuat kuih kelupis atau lampan (kuih tradisional orang Bisaya).Lamban-daun kelapa dilipat macam sampan selepas itu dibubuh beras pulut separuh masak, lalu dilipat tutup dan akhirnya direbus. Kelupis pun sama cuma beza pada bungkusan kerana ia menggunakan daun juga. Cara hendak makannya: Boleh dicicah bersama kari daging.Petang Jumaat:Majlis akad nikah (cuma saudara-mara terdekat sahaja dijemput). Hidangan minum petang disediakan.
Malam Sabtu:Majlis berinai sama ada buat berasingan (rumah pengantin masing-masing) tetapi jika berkahwin dengan orang jauh, ia dibuat sekali untuk memudahkan. Sebelum majlis berinai mula, solat Jemaah Maghrib dan Isyak biasanya dahulu barulah berzanji.Kadang-kadang ada juga orang yang membuat majlis cukur jambul sekali ketika ini.Kira-kira jam 10 malam baru majlis berinai bermula. Ketka inilah acara seperti menepung tawar dibuat. Jamuan makan kenduri sudahpun bermula sekitar jam 8. Jam 10 malam akan ada hidangan kuih muih tradisional macam kuih sapit, jala, baulu, kuih cha-cha (kuih ros kalau di Semenanjung).
Ahad:Tetamu mulai datang sekitar 8.30 pagi bermula dengan sarapan pagi dengan kuih-muih dulu.Jam 10 pagi barulah hidangn tengahari disediakan. KJam 12 atau 1 atau paling lewat jam 2 acara menaikan pengantin bermula. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dan disandingkan. Biasanya majlis bersanding ini dibuat awal sekitar jam 12.30 atau 1 tengahari bagi mengelakkan tetamu pulang. tanpa sempat melihat pengantin. Inilah kemuncak majlis perkahwinan ini.
Malam Ahad:Biasanya ada acara potong kek tapi untuk keluarga terdekat saja.Info tambahan: Biasanya sepanjang majlis perkahwinan itu ada kumpulan pemuzik Kulintangan (macam gamelan) akan mainkan muzik tradisional + moden. Antara lagu yang wajib dilagukan adalah lagu Cindai. Tanpa pemuzik ini, majlis majlis perkahwinan akan jadi sunyi sepi.

No comments:

Post a Comment