Thursday, November 12, 2009

apa itu pokok sagu@ rumbia?

Sagu ialah satu makanan rutin kepada mayarakat di sekitar Asia Tenggara, terutamanya di Kepulauan Borneo, Maluku, Sulawesi, dan Papua New Guniea.Di sana, kegiatan penebangan dan pemprosesan sagu giat dijalankan untuk menampung permintaan penduduk untuk makanan ini. Di semenanjung Malaysia, terutamanya di Terengganu dan Kelantan, sagu diguna sebagai salah satu ramuan penting dalam pembuatan keropok lekor. Sagu dapat dimakan dengan pelbagai cara. Ada yang memakannya dengan menggaulkan air panas serta sagu bersama di dalam mangkuk sehingga menjadi liat. Di Sabah(khususnya etnik Bisaya) mereka memangilnya sebagai ambuyat, dan bagi masyarakat Brunei samada di Sabah mahupun di Negara Brunei, ia dipanggil ambulung. Sejenis peralatan seakan-akan chopstick dipanggil `sipit`digunakan sebagai `sudu` untuk mengambil keluar ambuyat tadi dari mangkuk lalu dimakan.Sebagai penambah perisa, kepulan ambuyat yang terkumpul di sipit akan dicelup ke dalam kuah-kuah (sambal,budu,kuah ikan,etc pun boleh) lalu ditelan.Rasanya amat menyedapkan. Jika rasa sukar, gunakan sahaja sudu besi biasa itu.Tradisi memakan ambuyat sekarang masih dijalankan, cuma ramai anak-anak muda etnik Bisaya dan Brunei yang merupakan pengguna kuat makanan ini kurang gemar memakannya lagi. Jika dulu ia dianggap makanan rutin (sama taraf seperti nasi), namun sekarang perlahan-lahan ia bertukar menjadi makanan eksotik. Namun tidak dinafikan ramai juga yang masih meminati makanan ini kerana keunikan dan kelazatannya.Jika dilihat, sagu bukan sahaja digunakan untuk ambuyat atau ambulung sahaja, sebenarnya ia lebih dari itu. Keropok lekor biasanya memerlukan tepung sagu sebagai ramuan penting pembuatannya.Tanpa tepung sagu, keropok tidak sedap dan kurang bermutu. Bukan itu sahaja, kebanyakan kuih-muih tradisional di negara kita menggunakan tepung sagu sebagai tepung utamanya kerana ia dikatakan membuatkan kualiti dan ketahanan kuih bertambah baik serta membantu menambahkan perasa tersendiri ke atas kuih tersebut. Namun apa yang berlaku di Sabah kini, ramai pengusaha keropok dan kuih muih terpaksa menggunakan tepung gandum/kanji kerana harganya yang lebih murah berbanding tepung sagu. Harga sekilo tepung sagu di Sabah melebihi Rm2 lebih sedangkan tepung kanji jauh lebih murah. Diakui ramai pengusaha-pengusaha ini gemar menggunakan tepung sagu namun terbantut akibat kosnya yang semakin tinggi.Berbalik kepada soalan asas kita,bagaimana sagu ini diperoleh?Anda kenal pokok rumbia? Pokok inilah membekalkan sagu kepada pihak kami. Pokok ini hidup subur di sepanjang kawasan paya berbakau dan berair, tepi-tepi sungai, sawah dan tebing tasik. Ia senang didapati di Beufort, Kuala Penyu, dan Menumbok kerana kawasan di sana amat sesuai dari segi tanah,geografi, serta iklimnya yang sentiasa lembab. Pokok in ditebang,ditarik keluar dari hutan, lalu dihantar ke bengkel tempat pemprosesan kami di Kg. Padas Damit, Beufort. Proses kerjanya akan saya terangkan dalam post yang akan datang.Terima Kasih kerana sudi membaca artikel yang panjang lebar ini.

No comments:

Post a Comment